KUALA LUMPUR, 29 NOV: Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan KELANTAN mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.